Kalau nak diikutkan, tema pameran "Selamatkan Hidupan Liar" nie rasanya dah banyak kali atau mungkin jugak ribuan kali digunapakai oleh artis diseluruh dunia. Isu ini bukanlah menjadi suatu kejanggalan bagi aku sebab aku memang dah selalu sangat pergi pameran seni yang gunakan tema/isu ni.
Bila dah banyak kali pergi event ni maka kita akan jumpe banyak stail seni yang pelik-pelik, unik, serabut, besar, kotor, berat, cantik etc. Tapi kali ni aku agak tertarik untuk bercerita tentang karya seorang artis dari China yang serius bagi aku dia punye artwork memang best. Nama dia Cai Guo-Qiang.
Cai Guo-Qiang yang berasal dari Guangzhou ni adalah antara artis China yang paling berpengaruh+popular pada tahun 90an kerana keberaniannya menghasilkan karya-karya yang menyentuh tentang isu politik, agama, masalah sosial dan juga penindasan terhadap haiwan terancam.
Sebelum ni, kegiatan pemburuan haram kerap berlaku di China akibat masalah korupsi yang tak terkawal disana. Takde artis pun yang berani menyentuh isu ni hinggalah Qiang ni muncul. Pameran Qiang ni mendapat liputan yang meluas hinggakan dia mendapat banyak pujian yang melambung kerana keberanian dan jugak ke-kreatifan dia menghasilkan karya.
![]() |
pembunuhan harimau secara berleluasa memungkinkan yang haiwan ni akan pupus 10,20 tahun lagi... |
![]() |
Sculpture buaya ni ditempatkan disebuah taman di China |
![]() |
Ada orang meragui saiz sebenar buaya ni yang dikatakan dihasilkan mengikut saiz sebenar buaya yang pernah ditangkap di China |
![]() |
close-up pada kulit buaya |
Bagi Qiang, duit atau pujian bukanlah perkara utama yang dia inginkan tapi kesedaran mengenai tabiat membunuh hidupan liar tanpa kawalan ni yang harus diberi keutamaan. Walaupun sedar/tahu yang isu ni takkan tamat, dia masih lagi berharap dengan meletakkan arca-arca dia ni di tempat-tempat terbuka yang mudah dilihat akan memberikan sedikit kesedaran kepada rakyat China khususnya mengenai kebimbangan mengenai kepupusan hidupan liar nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan