Selasa, 7 Jun 2011

Kreatif Drawing : "Tanpa Nama" Bayu Utomo Radjikin



Di Malaysia ni, aku hanya kenal 2 orang aje artis yang suka buat drawing realistik dengan skala yang besar gunakan charcoal. Orang tu ialah Ahmad Zakii Anwar dan sorang lagi Bayu Utomo Radjikin. Aku akan rasa amat sedih seandainya ada dikalangan pelajar seni halus [di Malaysia] tak kenal dengan Bayu Utomo ni. Sebabnya  Bayu Utomo ni dah  kira sama level macam M.Nasir la cuma yang bezanya, M.Nasir dalam bidang muzik dan dia dalam bidang seni visual. 

Terbaru, Bayu Utomo telah muncul dengan pameran solonya yang ke-7 yang diberi nama sebagai "Tanpa Nama" ataupun "Unnamed". Didalam pameran ini, Bayu sebenarnya cuba mengenengahkan konflik mengenai pencarian asal usul dirinya yang berketurunan jawa.

" Saya hanya menimbulkan persoalan dan lebih senang sekiranya khalayak melihat karya ini sendiri bagi mencari jawapan,” - Bayu Utomo Radjikin

Sedikit info tentang Bayu. 

Bayu Utomo Radjikin@Bayu adalah merupakan seorang artis seni visual Malaysia yang berasal dari Sabah tetapi berketurunan jawa.Pernah menghasilkan karya catan, drawing dan juga arca. Merupakan graduan daripada uitm dalam bidang seni halus. Dia juga adalah salah seorang daripada ahli kumpulan Matahati yang juga dianggotai oleh Ahmad Fuad Osman, Ahmad Shukri Mohamed, Masnoor Ramli Mahmud dan Hamir Soib @Mohamed. "Unnamed" ni adalah pameran solonya yang ke-7.

Bayu cuba mengenengahkan isu mengenai konflik diri didalam pameran "Unnamed" ini.

Mengakui menggunakan wajahnya sendiri untuk bebas menterjemah naluri hati tanpa menyinggung mana-mana pihak.

"Setiap individu mempunyai ikon dalam hidup dan saya lebih selesa melukis wajah sendiri,” - Bayu Utomo

Terdapat 14 buah karya dalam pameran ini dan kesemuanya memaparkan imej lelaki dengan memakai tanjak dan blangkon.

Harga setiap karya adalah dalam lingkungan Rm16,000 hingga rm110,000

Bayu memilih untuk tidak memberi nama khas pada setiap karyanya agar ia lebih terbuka dan bebas serta memanfaatkan isyarat tangan, bahasa tubuh, gerak langkah seakan-akan bunga silat dan mimik wajah bagi menggambarkan gejolak perasaannya.

Setiap pergerakkan tangan ada mempunyai maksud yang tersirat.

Penggunaan lorekan arang berjaya menimbulkan aura misteri lagi mistik







 

Jumaat, 3 Jun 2011

Kreatif Painting : Hand Painting Cara Guido Daniele

Di Itali, ada seorang artis yang melukis/mencatan tidak di kanvas, sebaliknya dia membuat catan hanya diatas permukaan tangan. Orang yang aku maksudkan itu ialah Guido Daniele. Daniele yang dilahirkan di Sarevato, Itali adalah merupakan bekas graduan daripada Brera School Of Art dalam bidang arca. Dia kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Dharmasala, India.


Selepas tamat pengajian, Daniele telah bekerja di banyak syarikat pengiklanan, malah dia juga pernah bekerja sebagai artis "hyper-Realistic"[1] sebelum memutuskan untuk bergerak sendiri.

Pada tahun 2000, Daniele telah muncul dengan pameran seninya yang diberi nama sebagai "Handimals". Disini, Daniele tidak melukis diatas permukaan yang konvensional tetapi dia melakukannya diatas tangan. Karya dia ni jugak digelar sebagai hand painting. 









Selain diatas permukaan tangan, Daniele juga pernah menghasilkan karyanya diatas badan [body painting]. Dan hasil-hasil karyanya yang unik dan cantik ini telah membuatkan banyak syarikat pengiklanan menggunakan khidmat beliau. Jadi tak hairanlah jika beliau lebih dikenali dalam bidang pengiklanan berbanding bidang seni visual.









 

Khamis, 2 Jun 2011

Kreatif Drawing : Watercolor Drawing Cara Zainal Zubin


Sebagai seorang yang lama terlibat dalam dunia seni visual Malaysia, secara jujurnya aku tak pernah langsung dengar nama Zainal Zubin, langsung tak pernah. Mungkin kerana aku ni tergolong dalam pelukis generasi baru atau mungkin jugak kerana aku sering di"dendang"kan dengan nama-nama artis barat hingga aku lupakan dan tak kenal langsung artis tempatan Malaysia. Ataupun mungkin jugak sebab Zainal ni menetap kat luar negara. Ah, lupakan tu semua. Yang aku nak cerita adalah mengenai artwork dia yang [bagi aku] best+unik. Tak kisah lah mana dia nak duduk sekalipun.

Aku kenalkan Zainal Zubin, seorang artis visual Malaysia yang sekarang ni menetap di Berlin, German. Dia ni asalnya adalah seorang sound engineer tetapi berubah arah ke seni visual semasa dia menetap di Berlin. Jadi tak hairanlah kalau ramai orang tak kenal dia lagi.

Dekat bawah ni adalah antara karya-karya drawing watercolor dia yang telah dihasilkan dengan menggunakan watercolor,arang dan kopi. Aku tahu ramai dah artis guna bahan-bahan ni untuk melukis tapi effect yang dihasilkan Zainal ni nampak menarik + best.







Zainal di studionya di Berlin.
sumber asal

Rabu, 1 Jun 2011

Kreatif Print : Design Baju Yang Unik Dari Jepun

Aku cuba banyak kali tapi masih lagi tak jumpa nama artis yang reka corak baju ni. Cuma yang aku pasti ialah artis ni berasal dari Jepun. Rekaan baju yang dia cipta ni pelik sikit + unik + cun dan yang pasti aku tak pernah jumpa lagi design baju yang macam gini.

Korang tengok aje la.












sumber asal

Kreatif Sculpture : Cheese Art Sarah Kaufman

Dinegara kita dan juga negara asia lain, keju bukanlah makanan ruji macam nasi atau tepung. Keju ni hanya digunakan untuk beberapa makanan aje. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan di eropah dan Amerika, keju adalah makanan yang penting, sama pentingnya dengan meminum susu setiap kali sarapan pagi.

Di Wisconsin, Amerika Syarikat, seorang pekerja kilang keju telah mendapat cara bagaimana hendak membuat keju kelihatan lebih cantik dan menarik untuk dimakan[1].Orang yang aku maksudkan itu ialah Sarah Kaufman bekas pelajar seni halus yang berasal dari Wisconsin, Amerika Syarikat.

Sarah Kaufman yang juga dikenali sebagai "Cheese Lady" telah berjaya mengukir lebih dari 1000 arca yang diperbuat daripada keju.  Dia juga telah banyak memenangi pertandingan mengukir keju dan kali terakhir kejuaraan yang dimenanginya ialah pada U.S Championship Cheese Contest 2011 di Lambeau Field.

Dibawah adalah antara contoh-contoh arca keju Kaufman.

Antara keju terawal yang diukirnya untuk sebuah kedai iaitu "Born To Rock"

Mula mengukir keju semenjak tahun 1996.

Arca keju ini pada asalnya hanya dibuat untuk majlis harijadi anaknya sahaja.

Mendapat banyak tawaran/jemputan daripada hotel, pasar raya atau majlis tertentu untuk melakukan demonstrasi mengukir keju.

Setiap arca yang disiapkan akan disimpan diadalam peti sejuk sebelum ianya boleh dijual pada orang ramai dengan memotongnya secara kecil-kecilan. 

Salah satu masalah yang dihadapi oleh Sarah ialah untuk mengekalkan jangka hayat keju yang diukirnya. Ini kerana keju ini hanya akan dapat bertahan untuk 2 minggu sahaja.


Mengambil masa antara 6 hingga 12 jam untuk menyiapkan arca kejunya.

Arca yang diberi nama "The Astronaut"

Satu lagi masalah Sarah ialah penonton/orang awam yang membeli keju ini sayang untuk memakannya kerana mereka mendakwa keju ini "terlalu cantik untuk dimakan"!


Arca yang membolehkan beliau memenangi tempat pertama dalam U.S Championship Cheese Contest 2011 di Lambeau Field.