Sabtu, 21 Mei 2011

Kreatif Sculpture : Arca Andrew Myers Yang Diperbuat Daripada Skru

 "Most people are drawn to the portraits because they have something different about them (from a distance especially). Seeing them in person is a whole different feel than seeing the photograph. They have a sense of depth that the photo can't capture." - Andrew Myers

Sebelum nie, aku dah banyak tengok artwork-artwork artis sculpture yang giler best.  Tak kiralah, yang buat artwork guna kayu ke, besi ke, batu ke.....Cuma kali ni, aku nak share cerita sikit tentang sorang artis yang kalaulah ada anugerah untuk artis moden paling rajin, aku rasa anugerah tu mesti dapat kat dia.  Artis yang aku maksudkan tu iyelah Andrew Myers, sculptor yang berasal dari California, Amerika Syarikat.

Sebelum ni Myers memang banyak hasilkan karya arca tapi dia menyedari yang dia tak berapa puas dengan hasil yang dia buat sebab signature untuk karya-karya dia tu takde.  Dia percaya yang seseorang artis tu perlukan stail dia sendiri untuk lebih maju. Malah dia sendiri akui yang dia sebelum ni agak payah nak menentukan stail dia sendiri.Aku sendiri secara jujurnya tak membantah ngan apa yang dia cakapkan nie.

Sebagai seorang artis, aku sendiri pon melalui masalah yang sama dan aku rasa mereka-mereka yang baru nak jadi artis pon akan jumpa masalah ni. Pada yang tak tahu signature tu ape, meh sini aku explain sikit.

Signature dalam seni ni kiranya macam stail yang ko buat yang orang/artis lain tak buat la. Dan bila orang tengok artwork tu, automatiknya orang akan kenal yang itu artwork engkau. Dan untuk Myers,dia hanya gunakan skru aje untuk bikin artwork dia.



Bunyinya macam mudah aje kan? Draw kat papan pastu terus aje  tebuk lubang sampai nampak imej. Iye tak semudah yang disangkakan sebenarnya. Proses untuk menghasilkan karya wall scupture ni kadang-kala amik masa sampai sebulan untuk disiapkan tapi bergantung jugak pada saiz karya tu la. Kalau besar, maknanya lagi la lama nak siapkan.

Myers akan tebuk diantara 8,000 ke 10,000 lubang kat atas setiap keping papan.
Langkah pertama untuk menghasilkan artwork ni ialah dengan melakar potret/imej yang dia nak diatas sekeping papan. Lepas dia drill lubang kat atas papan tu, barulah dia masukkan skru. Setiap skru tidak akan mempunyai ketinggian/kedalaman yang sama sebab Myers ni nak nampakkan kesan 3D pada permukaan karya dia nie.


Pastu, imej sekeliling yang tak diperlukan akan ditutup/ditampal dengan menggunakan helaian-helaian buku telefon. Setiap helaian tu pulak biasanya akan ada kaitan dengan imej yang dia hasilkan tu. Dia tak tampal sebarangan kertas pon.

Satu perkara lagi, Myers tak perlukan janaan komputer untuk membantu dia menghasilkan karya nie.

Cabaran terbesar Myers bukannya datang dari proses memasukkan skru tu tapi semasa proses mewarnakannya.

Tak cukup rajin? Cuba perhatikan dekat atas setiap kepala skru tu. Korang akan nampak ada perbezaan warna kan? Itu sebabnya Myers akan mewarnakan satu-persatu skru yang dia masukkan tu tadi. Tujuannya untuk dapatkan imej yang lebih perfect. Pergh, giler letih nak buat camtu.
Artis Andrew Myers
Myers sekarang ni dalam rancangan untuk menghasilkan karya dengan skala yang lebih besar dan kemungkinannya "public art".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan