Ahad, 22 Mei 2011

Kreatif Photography : Alejandro Maestre Gasteazi & "Seni Lumpur" @ Mud Art

Dalam dunia seni sekarang, kebanyakkan artis bukan sahaja nak "dilihat berbeza" malah kalau boleh mereka nak menjadi perintis lah untuk artis-artis baru yang semakin ramai bak cendawan yang tumbuh selepas hujan nie.

Keadaan nie sama la jugak macam Alejandro Maestre Gaesteazi, seorang photographer berusia 31 tahun yang hendak dilihat berbeza daripada photographer-photographer lain. Dan untuk mencari "kelainan" tu, dia secara tak sengaja telah mencipta satu seni yang dipanggil sebagai Mud Art ataupun Seni Lumpur.

Mud Art ataupun Seni Lumpur disini bukanlah bermaksud hasil seni yang yang dibuat dengan hanya menggunakan lumpur semata-mata tapi ianya adalah gabungan diantara lumpur dan teknik fotografi.

Enough said, korang tengok aje la gambar-gambar yang ada kat bawah ni...
Julian Canovas [rakan Gasteazi] menjadi model untuk projek ni.
Gasteazi akan mengambil gambar setiap kali Julian menyapukan lumpur di anggota badannya dan proses ini akan berterusan sehingga Julian selesai menyapukan lumpur diseluruh anggota tubuhnya.

Nie adalah antara proses dimana Julian menyapu dan melumurkan lumpur diseluruh tubuhnya.

Dengan bantuan teknologi yang ada, Julian telah berjaya "menghilangkan" diri dia.







Lumpur yang digunakan ni bukannya seperti lumpur biasa yang kita selalu jumpa kat tepi sungai atau parit tapi lumpur ni telah dicampurkan dengan sedikit bahan lain untuk menggelakkannya daripada cepat kering.


Dengan bantuan rakannya Julián Cánovas, Gasteazi telah berjaya mencipta satu evolusi baru dalam dunia seni visual dimana dia berjaya menggabungkan seni kotemporari dengan seni moden.

Julian sebelum "disolek"

Warna lumpur menjadi biru selepas dicampur dengan bahan lain.

Asal warna lumpur ni memang biru tetapi selepas di"edit", warnanya diubah menjadi seperti warna lumpur yang asal.
Selepas selesai proses meratakan lumpur ini, Gasteazi dengan menggunakan Adopt Photoshop akan melakukan proses editing dimana foto yang dihasilkan akan disusun dan "dikemaskini" agar ianya dilihat lebih kemas.






3 ulasan:

  1. wah
    seronoknya bila dapat jumpa entry2 macam nih
    menarik lah seni lumpur nih

    P/S : Thanks singgah n komen entry rumah berhantu seksyen 2 ke apa tu...hahaah...ada ke blogger2 mengaku itu cerita mereka? baru saya tahu..saya jumpa pun dekat FB dan sebab sebelum nih saya study dkt shah alam jadi saya nak tahu mana rumah tu..tu saya buat entry tu...heheh...dan saya memang xakan mengaku itu entry saya sebab memang bukan entry saya..tu letak kredit tu :-)...cerita tu betul ke rekaan?

    BalasPadam
  2. ar ar..memang kawan2 aku gi tgok tu pun ada banyak kekeliruan berdasarkan cerita sebenar....
    so kesimpulannya kisah dia nih betul ke x?

    BalasPadam
  3. betol la tu...

    BalasPadam