Sabtu, 21 Mei 2011

Kreatif Drawing : Ballpen Drawing Juan Francisco Casas


Ok, aku admit yang aku ni memang serius pemalas. Nak buat drawing yang hanya saiz A3 pon aku malas nak buat inikan pulak nak buat drawing yang 5 kaki atau 8 kaki panjang. Tapi compare ngan mamat ni, dia dengan selamber badak aje boleh buat drawing dengan skala yang begitu besar.....dengan hanya menggunakan ballpen!

Aku kenalkan Juan Francisco Casas, seorang painter+photographer+drawer yang berasal dari La Carolina,Sepanyol.
Casas hanya melukis dengan hanya menggunakan satu jenis ballpen aje iaitu "Big Pen"..
Asalnya Casas ni hanyalah tipikal photographer aje. Satu hari tu dia try draw satu gambar yang dia snap dan gambar yang dia lukis tu pulak cun. Dengan dorongan daripada rakan-rakan,dia amik keputusan untuk kembangkan lagi bakat dia untuk jadi seorang drawer.

Bagi menggelakkan drawing dia nie sama ngan artist drawing lain, Casas hanya gunakan ballpen aje untuk buat artwork dia. Lagi satu, dia lebih suka draw figure yang ada aktiviti or yang ada movement aje dan bukannya potret yang statik tu.

artwork Casas kebanyakkannya fokus pada female figure


Casas memang terkenal dengan lukisan-lukisan yang berunsurkan sexuality, sebab tu banyak karya dia tampilkan gambar-gambar pompuan seksi. Sebelum melukis biasanya dia akan snap dulu gambar-gambar yang lazimnya diambil masa dekat parti ataupun disko. Tapi ada jugaklah yang dia amik gambar kat tepi jalan, bilik, hotel etc.

Mungkin betul, kat Malaysia nie pon ada jugak local artis yang gunakan ballpen untuk buat artwork tapi untuk hasilkan karya yang sebegitu detail, rasanya mamat nie lagi expert kot. Menghasilkan karya yang photo-realis dengan menggunakan ballpen+dengan saiz yang besar+guna teknik cross hatching ni bukanlah satu perkara yang mudah malah artis yang dah establish pon belum tentu mampu buat. Sebabnya kita perlu kesabaran dan kepakaran yang tinggi untuk buat artwork yang macam nie.

Seriously, aku masih lagi tertanya-tanya camne agaknya bila dia tersalah lukis. Sebabnya dia lukis guna ballpen, pastu atas kanvas/kertas plak tu....hmmm?








Tiada ulasan:

Catat Ulasan