Sabtu, 28 Mei 2011

Kreatif Sculpture : Arca Buku Stail Brian Dettmer

Orang tua-tua aku dulu selalu pesan, kalau dah baca, buku tu simpan. Ok, aku faham tapi pernah tak korang fikir apa akan jadi kalau buku-buku yang korang simpan selama 10-15 tahun tu semakin lama semakin bertambun dekat dalam rumah hinggakan korang rasa buku-buku ni agak "menyusahkan"? Aku pernah.

Pada mereka yang tinggal dalam rumah yang besar mungkin lah boleh simpan tapi pada diorang yang tinggal dirumah yang sempit ni pulak macamana? Takkan nak buang? Nak recycle buku-buku tu sayanglah pulak....Jangan risau, aku rasa aku dah jumpa jalan penyelesaian terbaik macamana korang nak selesaikan masalah nie. 

Aku kenalkan Brian Dettmer, seorang artis visual yang berasal dari Amerika Syarikat. Tidak seperti orang lain, Dettmer ada kaedah/cara tersendiri macamana dia nak jual buku-buku lama yang ada dalam rumah dia tapi dalam masa yang sama boleh buatkan dia terkenal.

Korang tengok dulu gambar-gambar kat bawah....







Ni adalah contoh-contoh kerja Dettmer yang dihasilkan dengan menggunakan buku. 
Sama seperti kebanyakkan orang lain, Dettmer pun ada masalah mengenai buku-buku  dia yang semakin banyak dan dia berniat nak jual semua buku tu tapi dengan cara dia sendiri. Buku-buku lama tersebut akan dipotong mengikut imej-imej/font menarik yang ada dalam buku tu hingga menimbulkan imej yang agak unik tapi cantik. Setiap helai yang dia rasakan sesuai akan dipotong dengan begitu berhati-hati. Penindihan imej-imej yang dipotong dalam buku ni tadi akhirnya akan membentuk satu imej akhir yang memang best.




Mungkin betul,nak menghasilkan karya yang komplikated macam ni agak susah lebih-lebih lagi bila kita perlukan fokus dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya. Tapi bagi Dettmer, cabaran seperti tu la yang akan dapat berikan kepuasan pada dia.

catatan asal tengok kat sini










Tiada ulasan:

Catat Ulasan