Selasa, 31 Mei 2011

Kreatif Drawing : Cassette Art @Tape Art Erika Iris Simmons

10,20 tahun lepas, kaset adalah merupakan medium paling banyak orang guna untuk mendengar muzik. Hinggalah cd/vcd mengambil alih tempat tape kaset ni bermula pada era 90an. Dan kemudiannya muncul pulak Dvd hingga menyebabkan tape kaset ni semakin terpinggir dan jarang lagi digunakan. Ok, kalau korang masih lagi ada menyimpan tape-tape kaset lama dan berniat untuk membakarnya, tunggu sampai korang baca nie dulu.
Aku kenalkan Erika Iris Simmons, seorang artis "bebas" yang menghasilkan karya dengan hanya menggunakan tape kaset lama dan juga video tape. Sebagai seorang artis,Erika banyak menghasilkan karya seni dengan hanya menggunakan barang-barang terbuang/ terpakai dan salah satu daripadanya ialah tape kaset. Semasa pergi ke satu jualan gudang, dia mendapati tape-tape kaset ni banyak dibuang begitu sahaja. Disitulah timbulnya idea untuk menghasilkan hasil seni daripada tape-tape lama ini.

Menurut Erika, eksperimentasinya terhadap tape kaset ini dianggap berjaya hinggakan dia telah keluar dengan satu siri karya iaitu "Ghost In The Machine".


“The Ghost in the Machine” series was inspired by some strange ideas. How at one level we are cellular beings and another we are a single “self.” The single cassette tape I thought of as representing the mind. The tape ribbon represents our thoughts, the data within. Taking that data – those bits of memory – and rearranging them to form what we see as a face is my way of finding a “ghost in the machine.” I also liked the fact that when you look at a portrait like Jimi Hendrix out of a cassette tape, you can almost hear the music in your head – so your own “data” is responding to what you see. [1]


Mengakui yang dia tidak menggunakan sebarang cat warna dalam karya ini.

Hasil karya Erika unik ini mendapat banyak liputan daripada galeri-galeri di Amerika syarikat terutamanya di Princeton tempat dimana Erika tinggal.


Hanya menggunakan teknik "potong dan lekat" sahaja.


Jacko



Bob Marley

Jimi Hendrix
 

Kreatif Photography : Nude Art Gaya Bryan Paul Mccartney


Apa itu Nude Art Photography?

Kalau mengikut Wikipedia, nude art ditakrifkan sebagai suatu aktiviti seni yang melibatkan anggota tubuh badan dalam keadaan bogel[1].Figure bogel ini biasanya akan dijadikan subjek dominan dalam karya mereka. Dan lazimnya, perempuan. Di barat, nude art dianggap  sebagai sesuatu perkara yang biasa didalam dunia seni. Jurufoto-jurufoto di barat yang terlibat dalam nude art ini digelar sebagai Nude Photographer[2].

Terdapat banyak pecahan didalam seni fotografi antaranya ialah Glamour Photography, Erotic Photography, Pornography dan juga Nude Photography. Walaupun masih lagi dalam cabang "Seni Foto", nude photography sebenarnya tidak boleh disamakan  langsung dengan Glamour Photography, Erotic Photography ataupun Pornography. Mungkin ada yang mengatakan tiada beza pun antara seni tersebut sebab kesemuanya tetap berbogel tetapi jangan tersilap. 

Dekat bawah ni adalah antara contoh nude art foto karya Bryan Paul McCartney. Bryan nie adalah seorang artis yang berasal dari Amerika Syarikat tetapi tinggal dan bekerja di Zurich, Switzerland. Karya Bryan banyak kali memenangi pertandingan foto dekat barat kerana karya dia yang unik dan best.

Nude Photography lebih ber"seni" jika hendak dibandingkan dengan seni fotografi lain.

Didalam Nude photograpy wajah/imej muka tidak begitu difokuskan atau tidak dipapar dengan jelas. Sebaliknya gambar/imej yang diambil akan dihalakan pada bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan lain.  
 
 
Imej yang hendak diambil juga akan direka terlebih dahulu dan ianya mestilah dalam keadaan statik.

Penggunaan warna juga akan menjadi lebih minimum.

Di barat, nude art photographer dianggap sebagai seoarang yang mengkaji tubuh manusia kerana mereka akan seboleh mungkin mendapatkan post yang unik dengan subjek yang minimal.     
Penggunaan cahaya amat penting dalam nude art sebab cahaya ni lah yang akan memberikan impak yang lebih pada anggota tubuh.

prop hanya digunakan bila perlu.
laman asal

 -Bryan paul Mccartney- 

Isnin, 30 Mei 2011

Kreatif Print : Menghasilkan Potret Gergasi Dengan Menggunakan Kopi

Bila sebut tentang "Coffee Art", mungkin ramai yang fikir imej kartun ,gambar atau corak kat atas secawan kopi yang biasa korang minum kat Starbucks atau mana-mana kopitiam lain. Sebetulnya itu pun termasuk sebagai Coffee Art jugak tapi aku tak nak cerita bab tu sebab bagi aku itu dah terlalu ramai orang tahu tapi yang ni dia ada lain sikit. Diorang bukannya melukis diatas permukaan Latte atau cappuccino tapi menghasilkan imej dengan menggunakan cawan latte atau cappucino tu tadi. 

Ok, biar aku terangkan.
Di Sydney Australia, sekumpulan artis/pelajar telah berjaya membuat rekod dunia dengan menghasilkan imej potret menggunakan kopi! Kumpulan yang terdiri dari 12 orang ini diketuai oleh Michael Donohue mengambil masa sehingga 4 - 5jam untuk menyiapkan potret berskala gergasi dengan hanya menggunakan susunan cawan-cawan yang berisi kopi.

Potret pertama yang diorang hasilkan adalah potret Monalisa iaitu karya Leornado Da Vinci. Untuk projek ni, mereka menggunakan 3,604 cawan yang berisi kopi dimana sukatan susunya berlainan.

"Monalisa" dihasilkan pada tahun 2009

Kuantiti susu berlainan bagi setiap cawan bagi mewujudkan tona warna.



Ok, kemudian kumpulan yang sama jugak telah memecahkan rekod diorang ni sendiri dengan menghasilkan potret Marilyn Monroe. Potret ini dihasilkan dengan menggunakan 5,200 cawan kopi dan mengambil masa lebih dari 5 jam untuk disiapkan.

4 sehingga 5 bulan masa yang diambil untuk membincangkan projek ini.
gambar close-up

Berbeza dengan "Monalisa", potret Marilyn Monroe ini lebih cepat disiapkan walaupun skala saiznya jauh lebih besar.



Untuk memudahkan dan mempercepatkan projek ini siap, Michael Donohue [pengarah projek] telah menandakan huruf A,B C dan D diatas kanvas yang mereka letakkan kopi itu tadi. A adalah untuk kopi yang gelap, B untuk sederhana gelap, C untuk sederhana dan D untuk cerah.






Kreatif Painting : 10 Lukisan Paling Mahal Dalam Dunia

Orang selalu tanya aku "lukisan yang paling mahal dalam dunia ni, lukisan siapa huh?". Dan macam biasa, aku tak dapat nak jawab tu. Aku bukan tak tahu jawapan tu tapi kalau aku cakap pun bukannya dia kenal pon artis tu siapa. Sebabnya yang biasa tanya-tanya soalan macam ni ialah orang yang minat pasal seni tapi tak tau seni tu apa. 

Jadi harini aku senaraikan antara lukisan-lukisan paling mahal pernah terjual dalam dunia seni visual. Korang tengoklah sendiri.

Pic. 1- Irises by Vincent Van Gogh ($53,900,000)
Pic. 2- Femme aux Bras Croisés by Pablo Picasso ($55,000,000)
Pic. 3- Rideau, Cruchon et Compotier by Paul Cézanne ($60,500,000)
Pic. 4- Portrait de l'Artiste sans Barbe by Vincent van Gogh ($71,500,000)
Pic. 5- Massacre of the Innocents by Peter Paul Rubens ($76,700,000)
Pic. 6- Bal Au Moulin de la Galette by Pierre-Auguste Renoir ($78,000,000)
Pic. 7- Portrait of Dr. Gachet by Vincent van Gogh ($82,500,000)
Pic. 8- Portrait of Adele Bloch-Bauer by Gustav Klimt ($135,000,000)
Pic. 9- Dora Maar with Cat by Pablo Picasso ($95,200,000)
Pic. 10- Garçon à la Pipe by Pablo Picasso ($104,100,000)

Monalisa  
"Monalisa" atau nama lainnya "La Gioconda/La Jaconde" ni adalah merupakan sebuah karya catan yang dihasilkan dengan menggunakan cat minyak pada abad ke16 iaitu semasa zaman Renaissance. Lukisan yang dihasilkan oleh Leornada da Vinci ni merupakan lukisan paling famous dalam sejarah seni visual. Lukisan ni sekarang diletakkan dalam sebuah muzium seni di paris iaitu Musee du Lourve. Oleh kerana lukisan ni selalu jadi sasaran pencuri, maka kerajaan Perancis telah mengetatkan kawalan di muzium tersebut sehingga dianggarkan kos kawalan sahaja telah melebihi setengah juta euro setahun. Lukisan ni tidak dijual. Kerajaan Perancis percaya yang lukisan ni bernilai lebih dari 300 juta euro tetapi tidak bercadang nak menjualnya. Oleh kerana tu, lukisan ini tidak disenaraikan dalam senarai lukisan paling mahal dalam dunia.

Korang anggaplah yang potret Monalisa tu sebagai intro aje. Ini adalah senarai 10 lukisan paling mahal dalam dunia.

10.Irises by Vincent Van Gogh : $53,900,000
Vincent van Gogh menghasilkan lukisan ni pada tahun 1889 di Saint Paul-de Mausole iaitu setahun sebelum kematian dia. Pada 1987, lukisan ni menjadi lukisan paling mahal dimana ianya dijual pada seorang lelaki yang bernama Alan Bond dengan harga $53,900,000. Bond kemudian menjual semula lukisan tersebut pada Getty Museum di Brent wood, Los Angeles dengan harga yang sama.


9.Femme aux Bras Croises dari Pablo Picasso: $55,006,000
Lukisan ni dihasilkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1901 dimana pada zaman tu dia sedang melalui zaman "Blue period" [1901-1904]. Blue Period ni dikatakan sebagai zaman kegelapan Picasso dimana kebanyakkan lukisan-lukisan yang dihasilkan lebih menjurus kearah kesedihan dan kepiluan dengan penggunaan rona warna biru yang  sangat dominan dalam karyanya. Lukisan ini dijual pada harga $55juta dollar di majlis lelong yang diadakan di Christie's Rockefeller, New York pada tarikh 8 Disember 2000

 

8.Rideau, Cruchon et Compotier by Paul Cezanne $60,502,500
Lukisan ni dijual pada satu majlis lelong di Sotheby's , New York dengan harga $60.5 juta pada 1o Mei 1999. Karya Paul Cezzane yang dihasilkan pada tahun 1893/1894 ni dibeli oleh keluarga Whitney yang sememangnya terkenal sebagai sebuah keluarga yang kaya-raya.



7.Portrait de l’Artiste Sans Barbe By Vincent Van Gogh: $71,502,496
Ni adalah merupakan salah satu daripada potret diri Van Gogh. Sebenarnya dia ni banyak kali lukis potret sendiri cuma yang bezanya, potret ni dilukis ketika Van Gogh tidak berjambang! Dilukis pada September 1889 di Saint Remy Provence. Menjadi salah satu daripada lukisan termahal didunia apabila ianya dijual pada harga $71.5 juta dollar us pada tahun 1998.


6. Massacre of the Innocents By Peter Paul Rubens: $ 76,700,000
Peter Paul Rubens menghasilkan karya ni pada tahun 1611. Kemudian lukisan ini dijual pada seorang pengumpul barang seni yang berasal dari Canada iaitu Kenneth Thompson dengan harga $76.7 juta dalam satu majlis lelong di Sotheby's pada tahun 2002.



5. Bal Au Moulin de la Gallet By Pierre-Auguste Renoir: $ 78,000,000
Pierre Aguste Renoir, pelukis yang berasal daripada Perancis ini telah menghasilkan karya yang bertajuk "Bal Au Moulin de la Gallet" pada tahun 1876. Karya ini kemudiannya dijual dalam majlis lelong di Southbey's pada harga $78juta dan dibeli oleh Ryoei Saito yang turut membeli karya Vincent van Gogh iaitu "Potrait of Dr.Gachet".



4. Portrait of Dr Gachet by Vincent van Gogh: $82,500,000
Hasil karya Van Gogh ni secara tidak sengaja menjadi begitu terkenal apabila Ryoei Saito, seorang businessman daripada Jepun membelinya dengan harga $82.5juta dalam satu majlis lelongan di Christie's,New York. Saito begitu teruja dengan karya ini hinggakan dia bercadang mahu membakarnya bersama-sama dengan dia apabila dia mati nanti. Namun apabila Saito meninggal pada tahun 1996, lukisan ini kekal selamat. 



3. Dora with Cat By Pablo Picasso: $95,200.000
Dihasilkan pada tahun 1941 oleh Pablo Picasso. Karya ini menjadi isu hangat apabila ada sebilangan yang mengatakan ini adalah potret diri artis manakala sebahagiannya mengatakan ini adalah gambar Dora Maar, seorang photographer yang menjadi kekasih Picasso selama 10 tahun [1930-1940]. Apa-apa pun, lukisan ni dijual pada harga $95.2juta Dollar pada majlis lelong di Sotheby's pada tarikh 3 Mei 2006.




2. Garcon a la Pipe By Pablo Picasso: $ 104,100,00 
Karya Picasso yang bertajuk Garcon a La Pipe ni dihasilkan ketika dia berada dalam zaman "Red @ Rose Period" [1904-1906]. Red Period adalah zaman dimana Picasso banyak menghasilkan karya yang terang dengan menggunakan banyak warna merah,oren dan pink. Karya ni juga tidak seperti karya Cubist-nya yang lain. Dijual pada harga $104.1juta Dollar di Sotheby's, New York pada 4 Mei 2004.





1. Portrait of Adele Bloch-Baeur By Gustav Klimt: $135,000,000
Gustav Klimt yang berasal dari Australia telah menghasilkan lukisan ini pada tahun 1907 namun ianya telah dirampas oleh tentera Nazi yang menawan Austria pada masa tu. Pada tahun 2006, seorang usahawan kosmetik bernama Ronard S.Lauder telah membelinya dengan harga $135juta. Lukisan ini kemudiannya dipamerkan di galeri seni Neue, New York.

P/s: Van Gogh dan Picasso masing-masing ada 3 lukisan yang tersenarai dalam lukisan paling mahal ni manakala Cezanne, Renoir, Ruben dan Klimt, masing-masing semuanya satu aje.



 

Sabtu, 28 Mei 2011

Kreatif Painting : Seni Penyamaran [Camouflage Art] Liu Bolin

perasan tak?

Pernah tak korang dengar nama Liu Bolin? Tak? Ok, takpe. Cuba korang taip "Invisible Man" atau "Camouflage Art" dekat url korang, salah satu nama yang akan muncul pastinya ialah Liu Bolin. Siapa Liu Bolin ni? Popular ke dia? Dia ni penyanyi ke? Pada mereka yang tak kenal siapa Liu Bolin, meh sini aku kenalkan dia pada korang.

Liu Bolin adalah salah seorang daripada ribuan kotemporari artis yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai "manusia sesumpah" @ "the chameleon" kerana stail seni penyamaran @ camouflage art yang dia popularkan di China ni. Dan seperti mana-mana artis lain yang ada stail tersendiri, Liu Bolin ni memang cukup famous di negara dia dan juga negara barat.

Apa dia Camouflage Art ni?

Camouflage Art atau seni penyamaran ni sebenarnya adalah merupakan satu teknik penyamaran dengan mengecat badan untuk menyerupai alam sekeliling. Seluruh badan akan dicat sehingga agak sukar untuk kita mengecamnya dengan mata kasar. Teknik ini dikenalkan oleh Liu Bolin yang mengakui teknik ini dicipta berdasarkan pengamatannya pada chameleon @ sumpah-sumpah yang boleh merubah warna badannya mengikut warna sekelilingnya. Tujuan dia adalah untuk melihat sejauhmana kepekaan orang ramai terhadap keadaan sekeliling selain untuk melihat reaksi diorang terhadap stail ni.


Tengok betul-betul....ada tu


tengok wayang sensorang aje ke bang?