Dinegara kita dan juga negara asia lain, keju bukanlah makanan ruji macam nasi atau tepung. Keju ni hanya digunakan untuk beberapa makanan aje. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan di eropah dan Amerika, keju adalah makanan yang penting, sama pentingnya dengan meminum susu setiap kali sarapan pagi.
Di Wisconsin, Amerika Syarikat, seorang pekerja kilang keju telah mendapat cara bagaimana hendak membuat keju kelihatan lebih cantik dan menarik untuk dimakan[1].Orang yang aku maksudkan itu ialah Sarah Kaufman bekas pelajar seni halus yang berasal dari Wisconsin, Amerika Syarikat.
Sarah Kaufman yang juga dikenali sebagai "Cheese Lady" telah berjaya mengukir lebih dari 1000 arca yang diperbuat daripada keju. Dia juga telah banyak memenangi pertandingan mengukir keju dan kali terakhir kejuaraan yang dimenanginya ialah pada U.S Championship Cheese Contest 2011 di Lambeau Field.
Dibawah adalah antara contoh-contoh arca keju Kaufman.
 |
Antara keju terawal yang diukirnya untuk sebuah kedai iaitu "Born To Rock" |
 |
Mula mengukir keju semenjak tahun 1996. |
 |
Arca keju ini pada asalnya hanya dibuat untuk majlis harijadi anaknya sahaja. |
 |
Mendapat banyak tawaran/jemputan daripada hotel, pasar raya atau majlis tertentu untuk melakukan demonstrasi mengukir keju. |
 |
Setiap arca yang disiapkan akan disimpan diadalam peti sejuk sebelum ianya boleh dijual pada orang ramai dengan memotongnya secara kecil-kecilan. | |
Salah satu masalah yang dihadapi oleh Sarah ialah untuk mengekalkan jangka hayat keju yang diukirnya. Ini kerana keju ini hanya akan dapat bertahan untuk 2 minggu sahaja.
 |
Mengambil masa antara 6 hingga 12 jam untuk menyiapkan arca kejunya. |
 |
Arca yang diberi nama "The Astronaut" |
 |
Satu lagi masalah Sarah ialah penonton/orang awam yang membeli keju ini sayang untuk memakannya kerana mereka mendakwa keju ini "terlalu cantik untuk dimakan"! |
 |
Arca yang membolehkan beliau memenangi tempat pertama dalam U.S Championship Cheese Contest 2011 di Lambeau Field. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan