Sebagai seorang yang lama terlibat dalam dunia seni visual Malaysia, secara jujurnya aku tak pernah langsung dengar nama Zainal Zubin, langsung tak pernah. Mungkin kerana aku ni tergolong dalam pelukis generasi baru atau mungkin jugak kerana aku sering di"dendang"kan dengan nama-nama artis barat hingga aku lupakan dan tak kenal langsung artis tempatan Malaysia. Ataupun mungkin jugak sebab Zainal ni menetap kat luar negara. Ah, lupakan tu semua. Yang aku nak cerita adalah mengenai artwork dia yang [bagi aku] best+unik. Tak kisah lah mana dia nak duduk sekalipun.
Aku kenalkan Zainal Zubin, seorang artis visual Malaysia yang sekarang ni menetap di Berlin, German. Dia ni asalnya adalah seorang sound engineer tetapi berubah arah ke seni visual semasa dia menetap di Berlin. Jadi tak hairanlah kalau ramai orang tak kenal dia lagi.
Dekat bawah ni adalah antara karya-karya drawing watercolor dia yang telah dihasilkan dengan menggunakan watercolor,arang dan kopi. Aku tahu ramai dah artis guna bahan-bahan ni untuk melukis tapi effect yang dihasilkan Zainal ni nampak menarik + best.
![]() |
![]() |
![]() |
Zainal di studionya di Berlin. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan