Di Itali, ada seorang artis yang melukis/mencatan tidak di kanvas, sebaliknya dia membuat catan hanya diatas permukaan tangan. Orang yang aku maksudkan itu ialah Guido Daniele. Daniele yang dilahirkan di Sarevato, Itali adalah merupakan bekas graduan daripada Brera School Of Art dalam bidang arca. Dia kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Dharmasala, India.
Selepas tamat pengajian, Daniele telah bekerja di banyak syarikat pengiklanan, malah dia juga pernah bekerja sebagai artis "hyper-Realistic"[1] sebelum memutuskan untuk bergerak sendiri.
Pada tahun 2000, Daniele telah muncul dengan pameran seninya yang diberi nama sebagai "Handimals". Disini, Daniele tidak melukis diatas permukaan yang konvensional tetapi dia melakukannya diatas tangan. Karya dia ni jugak digelar sebagai hand painting.
Selain diatas permukaan tangan, Daniele juga pernah menghasilkan karyanya diatas badan [body painting]. Dan hasil-hasil karyanya yang unik dan cantik ini telah membuatkan banyak syarikat pengiklanan menggunakan khidmat beliau. Jadi tak hairanlah jika beliau lebih dikenali dalam bidang pengiklanan berbanding bidang seni visual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan